|
Saya saja nak share pendapat umum ni berkenaan apa boleh anda buat
dengan simpanan KWSP anda, yang sejak kebelakangan ini, semakin rendah
pulangan dividennya. Dari 6.84% tahun 2000, 6% tahun 2001 kepada
4.25% tahun 2002.
Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan
untuk tujuan2 tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu
anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.
Akaun 1 KWSP
Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 KWSP ke dalam
pasaran unit trust yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut unit trust,
semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, unit trust ini ada
pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi),
balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan
rendah/risiko rendah).
Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal
berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif.
Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana
kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.
Akaun 2 KWSP
Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan
baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah
sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.25%.
Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan
akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest
yang perlu ditanggung secara keseluruhan.
Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3
tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama
sahaja.
Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda
supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat.
Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk
pendidikan anak.
Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara
fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN
7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest
sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi,
daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik
anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan
anak anda.
|