SimpanDuit.com

  Smart planning built around you
 
Table of Contents - Talk About ...
  Salah Faham Mengenai Insurans
Perkara sebenar yang perlu anda fahami dalam mengenali insurans 
 
  ASB & Unit Trust : Mana Satu Lebih Untung?
Dilemma dalam menentukan mana satu pelaburan pilihan hati
 
Adakah Untung Dalam Pelaburan Investment-Linked?
Untuk Pelaburan Investment-Linked secara sekali-gus (lump-sum)
Adakah Untung Dalam Unit Trust?
Untuk Pelaburan Unit Trust secara sekali-gus (lump-sum)
Poligami Dalam Konteks Pusaka Islam
Satu perbincangan kes poligami mengikut konteks pusaka Islam.
 
Talk About : Adakah Untung Dalam Unit Trust?
Oleh : Azha Syazri, AFPM

     Apa itu pelaburan Unit-Trust sebenarnya?

  • Pelaburan seperti ASB?
  • Pelaburan seperti di BSKL?
  • Pelaburan yang sebenarnya tidak untung? 
PENGENALAN KEPADA PELABURAN UNIT TRUST
  • Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh Syarikat Mutual Fund / Saham Amanah

  • Mempunyai 2 harga (Harga Jualan & Harga Belian) yang berubah-ubah mengikut prestasi semasa

  • Harga Belian = Harga yang syarikat beli dari anda

  • Harga Jualan = Harga yang syarikat jual kepada anda (sudah termasuk service caj biasanya)

  • Service-Charge biasanya 5% - 7% dan 1.5% - 2% setahun Yuran Pengurusan

  • Contoh: Dana Amanah Pacific Mutual & MAA Mutual di Utusan Malaysia / New Straits Times etc.

  • Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan

 Contoh :       Nilai Asset            =  RM 100,000   = RM 1 seunit
                   Jumlah Unit Saham    100,000 unit 
 
Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi 120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada  
 
                   Nilai Asset             =  RM 100,000   = RM 0.83 seunit
                   Jumlah Unit Saham    120,000 unit 

KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN UNIT TRUST

Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut. Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut. Inilah yang banyak berlaku selama ini, sehingga membuatkan ramai orang mula hilang percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a unit trust that cannot be trusted at all!"

Jika anda lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.

Contoh Illustrasi
Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana XXX akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat.

 

Apa yang berlaku sebenarnya?
Harga unit Dana XXX pada 30 Disember 2003    = RM 0.58 seunit (mengikut harga jualan sekarang)
Jumlah Pelaburan yang dibayar                          = RM 100,000
 
Jumlah pegangan unit                                         = RM 100,000 / RM 0.58 seunit
                                                                         = 172,414 unit
 
Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 April 2004   = 15 unit bagi setiap 100 unit
Harga baru unit Dana XXX pada 5 April 2004    = RM 0.50 seunit
 
Jumlah pegangan unit baru                                 = 198,274 unit
 
Nilai Pelaburan sekarang                                    = 198,274 unit x RM 0.50 seunit
                                                                          = RM 99,137
 
Anda sebenarnya sudah kerugian RM 863 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8 April 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan tadi. Untuk mendapat untung, maka anda terpaksa menunggu apabila harga saham tersebut naik semula kepada paras RM 0.55 ke atas.
 
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?
 
Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima. 
 
Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.
 
BELI SEMASA HARGA MURAH
 
Contoh Illustrasi
Melabur RM 100,000 pada bulan 30 Mac 2003 ke dalam Dana KLSI Pacific Mutual dengan matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat.
 
Dana Islamik KLSI Pacific Mutual Fund (Kuala Lumpur Syariah Index Fund)      
 
Jumlah duit yang dilaburkan                       = RM  100,000         
Tarikh Dana dilancarkan                             = 25 Mac 2003
Profail Dana                                               = Agresif - 95% di dalam Ekuiti Lulusan Syariah, 5% dalam bon Islam  
Harga jualan pada 30 Mac 2003                 = RM 0.50 seunit
Service Charge & Annual Fee                      = 5% service charge & 1% annual fee (antara yuran termurah)             
Jumlah pegangan unit yang diterima            = 200,000 unit                  
 
JUAL SEMASA HARGA MAHAL
 
Harga unit saham pada 27 Feb 2004           = RM 0.6015 /unit             
Nilai Pelaburan sekarang                  = RM 120,300        
Jumlah Keuntungan (Profit)                       = RM 20,300            
Peratusan keuntungan (%)                 = 20.3 %                
 
Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun, pulangan Unit Trust Dana KLSI ternyata lebih banyak (20.3%), jika ia dibuat dengan cara yang betul.

 

Nota :
Harga unit saham Dana KLSI yang dinyatakan di atas adalah dari harga sebenar unit saham di pasaran.

Untuk nasihat pelaburan yang boleh-diharap (reliable), sila hubungi saya di 012-2011-555

 

Artikel ini adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak menggambarkan pendirian mana-mana syarikat.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di 012-2011-555 atau info@simpanduit.com 

| Menu Utama |