|
Seksyen 111 Akta
Cukai Pendapatan memperuntukkan di mana cukai telah dibayar,
melalui potongan atau cara lain, melebihi cukai yang kena dibayar,
amaun yang terlebih ini kena dibayar balik.
Permohonan untuk pembayaran balik hendaklah dibuat melalui surat
dimana nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan, nombor kad
pengenalan dan alamat terbaru perlu dinyatakan.
Untuk Syarikat, nombor akaun bank perlu dinyatakan.
Untuk warganegara asing, alamat di luar negara, nombor pasport,
nombor akaun bank dan alamat bank mesti diberi. Surat ini perlu
dihantar kepada cawangan Pungutan berkenaan.
Pembayaran balik cukai akan diuruskan selepas semua maklumat yang
dikehendaki didapati.
Semua cek pembayaran balik akan dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan
Negara. |