SimpanDuit.com

Smart planning built around you
 
 
Lain-Lain Maklumat Berkenaan Pusaka Islam
Sumber : Mahkamah Syariah Singapura

Pengertian Ilmu Faraidh

Ilmu faraidh ialah ilmu yang menerangkan cara pembahagian harta pusaka kepada anggota waris si mati mengikut ketentuan-ketentuan Allah S.W.T di dalam Al-Quran.

Yang dimaksudkan sebagai harta pusaka

Harta pusaka ialah peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak atau apapun aset yang mempunyai nilai kebendaan, yang dibenarkan syariat untuk dipusakai oleh ahli waris.

Perkara tersebut di terangkan dalam Hadith Rasulullah s.a.w: "Barang siapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warisnya setelah kematiannya."

Termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah:

  1. Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya

  2. Harta benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya

  3. Hutang-hutang orang kepada si mati

  4. Harta benda yang telah digadaikan si mati dan boleh ditebusi

  5. Harta benda yang telah beli si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang telah dibayar wangnya tetapi belum diterima barangnya

  6. Mas kahwin yang masih belum diserahkan kepada isteri sehingga ia meninggal

  7. Harta-harta lain seperti wang simpanan, wang EPF, saham-saham, saham-saham amanah (Unit Trust), bon, insurans dan seumpamanya yang dibolehkan syarak

  8. Harta benda yang disebutkan tadi sama ada berada di dalam dan di luar tempat tinggal si mati.

  9. Lain-lain aset yang mempunyai nilai kebendaan.

Yang diistilahkan sebagai para waris

Para waris ialah orang yang berhak mewarisi harta pusaka si mati berdasarkan hubungan berikut dengan si mati:

  1. Kekeluargaan (nasab)

  2. Perkahwinan atau perwalian

  3. Perhubungan perghambaan

Hikmah di sebalik hukum faraidh

Hukum Faraidh ditetapkan Allah dalam Al-Quran dengan begitu terperinci. Masyarakat Islam dalam keadaan bagaimanapun, mesti berpegang teguh dengan apa yang telah ditetapkan Allah.

Allah telah menentukan hak-hak perwarisan berdasarkan tanggungjawab ke atas lelaki dan wanita. Ia telah secara adil dan sistematik memilih ahli waris mengambil hak-hak yang telah diberikan kepada mereka (si mati).

Dalam sistem sosial Islam, wanita tidak diwajibkan bekerja untuk keperluan kehidupannya. Lelaki di dalam keluarganya dipertanggungjawabkan untuk mencari mata pencarian dan memberikan keluarga wanitanya keperluan asas kehidupan.

Begitu juga apabila wanita berkahwin, ia menerima mas kahwin yang ia sendiri tentukan. Ia mempunyai hak mutlak untuk menentukan bagaimana mas kahwin itu harus digunakan. Lelaki sebagai suami yang memberinya mas kahwin itu.

Mengambil kira kedua-dua contoh tersebut di mana wanita diberi kelebihan perlindungan oleh lelaki, maka jelas golongan wanita telah ditentukan bahagian mereka yang adil.

Baitulmal

Baitulmal adalah lembaga atau institusi yang berfungsi sebagai pengamanah perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yang bertujuan untuk maslahat umum.

Harta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan-keadaan berikut:

  1. Tiada ahli waris yang berhak menerimanya

  2. Ahli waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki harta pusaka

  3. Harta si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa

  4. Tiada ahli waris langsung.

| Menu Utama |