|
SimpanDuit.com Smart planning built around you |
|
|
Apabila seseorang itu meninggal, adalah wajib bagi yang masih hidup menyempurnakan enam hak si mati menurut susunan (tertib) di bawah ini:
Ia bermaksud segala hutang si mati kepada Allah, seperti zakat, menunaikan haji fardu, pembayaran pelbagai kaffarah (tebusan) seperti kaffarah sumpah, dzihar, jimak ketika dalam ibadat puasa Ramadan atau dalam ihram haji atau umrah, membunuh nyawa dan sebagainya. Perlu diingat, antara hutang zakat dan haji, hendaklah didahulukan zakat. Jika tidak ada baki wang setelah menunaikan zakat, maka hutang haji gugur terhadap diri si mati. Selanjutnya terpulanglah kepada waris atau sesiapa sahaja yang berniat untuk menghajikan si mati dengan ongkos mereka sendiri, jika mereka mahu. Melunaskan hutang kepada Allah wajib didahulukan daripada hutang kepada manusia.
Segala pembiayaan yang diperlukan untuk mengurus jenazah daripada saat ia meninggal dunia sampai dikuburkan. Ini termasuk memandikan, mengapankan, mengusung dan menguburkannya dengan penuh kesederhanaan.
Rumah atau tanah yang dibeli si mati dengan skim pergadaian (mortgage). Anggota waris hendaklah menjual harta itu dan melangsaikan hutangnya. Setelah itu wang selebihnya barulah dikira sebagai harta pusaka dan dibahagikan secara faraid kepada para waris.
Kewajipan utama bagi ahli waris ialah melunasi segala hutang si mati untuk membebaskan pertanggungjawabannya di akhirat nanti. Termasuk dalam hutang ini ialah hutang Diyah (wang ganti rugi atau duit darah kepada keluarga mangsa yang dibunuh) dan mas kahwin yang belum dilunaskan. Walaupun si mati ada meninggalkan wasiat, melunaskan hutangnya hendaklah didahulukan daripada wasiatnya.
Wasiat adalah untuk ajnabi (mereka yang boleh dikahwini) dan bukan ahli waris kecuali dipersetujui oleh semua ahli waris lain. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadisnya, "Sesungguhnya Allah telah memberikan hak kepada yang punya hak, maka tidak ada wasiat untuk waris." Wasiat pula tidak boleh melebihi sepertiga (yakni 1/3 dari baki harta pusaka setelah dikeluarkan untuk i - iv). Ini sesuai dengan hadis, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menganjurkan kamu bersedekah dengan sepertiga harta kamu di kala kamu meninggal dunia (dengan jalan wasiat) sebagai tambahan kepada amal baik kamu." Hadith Riwayat Bukhari.
Para waris berhak terhadap baki daripada harta si mati setelah dibahagikan untuk pihak i - v di atas. Sedikit mana sekalipun baki harta si mati, ia tetap menjadi hak setiap warisnya. Justeru itu ia mesti dibahagikan mengikut peraturan Allah kecuali ada waris yang tidak mahu haknya. Jika ada waris yang tidak berada di dalam negeri atau hilang, maka bahagiannya mesti disimpan untuk diberikan setelah ia kembali. Merahsiakan harta pusaka si mati daripada ahli waris yang berhak adalah satu penipuan. Ia perbuatan yang haram dan zalim. Ahli waris yang terlibat dalam perkara, secara langsung atau tidak langsung atau bersubahat, akan bertanggungjawab terhadap Allah di dunia dan akhirat kelak. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh membahagikan harta mengikut tatacara sesabuah negara dengan mengabaikan perintah Allah. Syarat-syarat mempusakai harta ada 3:
Anda harus maklum bahawa orang-orang yang tidak berhubung dengan si mati melalui nasab dan perkahwinan (suami/isteri) tidak berhak untuk mewarisi harta si mati, contoh seperti :
Sementara golongan di bawah ini tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka:
|
|
| Menu Utama | |