|
SimpanDuit.com Smart Planning Built Around You |
|
NOTIS PENTING |
|
Borang Pencarian Fakta Mulai 1 Julai 2004, semua peserta yang ingin memohon apa jua insurans peribadi dari mana-mana syarikat insurans, perlu mengisytihar maklumat peribadi serta perancangan kewangan sedia-ada sebelum apa jua produk insurans dicadangkan kepada mereka. Arahan dari Bank Negara Malaysia ini berkuat-kuasa serta merta di mana semua penasihat insurans diwajibkan untuk membuat kaji-selidik ke atas peserta skim insurans terlebih dahulu, sebelum apa jua produk insurans diperkenalkan kepada mereka. Tujuan arahan ini adalah untuk menaikkan taraf industri insurans seiring dengan konsep perancangan kewangan yang sedang berkembang dengan meluasnya hari ini serta untuk membendung gejala "memberi nasihat salah" oleh penasihat insurans kepada peserta skim insurans. Co-Insurance Peraturan Co-Insurance 80-20 sudah pun diguna-pakai ke atas pemegang polisi yang memilih bilik wad hospital yang caj hariannya melebihi dari jumlah yang dibenarkan di dalam plan insurans perubatan hospitalnya. Contoh : Had Caj bilik di dalam Kad perubatan adalah RM 120 sehari. Tetapi anda memilih untuk memasuki bilik hospital yang caj biliknya RM 150 sehari. Maka mengikut peraturan co-insurans baru ini,syarikat insurans hanya akan menanggung kos perubatan anda sehingga 80% sahaja, manakala baki 20% akan ditanggung oleh pemegang polisi. Rombakan Ke Atas Struktur Polisi Investment-Linked Di MAA Assurance MAA Assurance akan membuat rombakan ke atas struktur pembahagian premium ke dalam akaun peserta (allocated premium into participant's saving account), mulai 1 April 2005.
Rombakan ini melibatkan pembahagian premium yang semakin kurang ke dalam akaun peserta anda, iaitu Tahun 5 & 6 cuma 90% dan Tahun 7 baru 100%. Jadi, sila mohon polisi investment-linked sekarang untuk mendapatkan struktur lama sebelum rombakan sepenuhnya dibuat tidak lama lagi ke atas semua produk investment-linked MAA Assurance. Peraturan baru ini
hanya akan berkuatkuasa ke atas polisi investment-linked baru sahaja. Pemegang polisi sedia-ada tidak
dikenakan rombakan baru ini. * Updated 20 March 2005* |
| Menu Utama |