SimpanDuit.com

Smart planning built around you
 
Melabur Simpanan KWSP Anda

Anda boleh mengeluarkan sebahagian dari simpanan KWSP anda dan melabur wang tersebut kepada salah satu Dana Unit Trust kami. Dengan melabur simpanan KWSP anda di dalam Dana Unit Trust pilihan kami, simpanan persaraan anda akan bekerja keras untuk memberi pulangan pelaburan yang terbaik sepanjang tempoh jangka panjang.

Siapa Yang Layak Melabur Melalui Skim Pelaburan KWSP?

  • Anda mestilah berumur di bawah 55 tahun.

  • Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM55,000 simpanan Akaun 1 KWSP.

  • Anda perlu mengekalkan sekurang-kurangnya RM50,000 di dalam Akaun 1 KWSP pada setiap masa.

  • Pelaburan ke Dana Unit Trust melalui Akaun 1 KWSP boleh dibuat setiap 3 bulan dari pengeluaran terakhir.

 Illustrasi Pengeluaran KWSP untuk Pelaburan (Pengeluaran Pertama)
   Contoh A  Contoh B
 Simpanan dalam Akaun 1  100,000  55,000
 Simpanan Akaun 1 melebihi RM50,000 (Y)  100,000 - 50,000
 = 50,0000
 55,000 - 50,000
 = 5,000
 20% dari Y  10,000  1,000
 Jumlah Minima Boleh Labur  1,000  1,000
 Jumlah Maksima Boleh Labur  10,000  1,000
 Jika Jumlah Yang Dilabur adalah   10,000  1,000
 Baki Simpanan Akaun 1 KWSP  100,000 - 10,000
 = 90,000
 55,000 - 1,0000
 = 54,000

Pengeluaran Kedua Skim Pelaburan KWSP (Selepas 3 bulan)
   Contoh A  Contoh B
 Simpanan dalam Akaun 1  90,000  54,000
 Simpanan Akaun 1 melebihi RM50,000 (Y)  90,000 - 50,000
 = 40,000
 54,000 - 50,000 
 = 4,000
 20% dari Y  8,000  800
 Jumlah Minima Boleh Labur  1,000  0
 Jumlah Maksima Boleh Labur  8,000  0
 Jika Jumlah Yang Dilabur adalah   8,000  0
 Baki Simpanan Akaun 1 KWSP  90,000 - 8,000
 = 82,000
 54,000
 
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di 012-2011-555 atau info@simpanduit.com 
Untuk melihat Pilihan Pelaburan yang ada, sila klik Pilihan Pelaburan 

| Menu Utama | Pilihan Pelaburan >>