|
SimpanDuit.com Smart planning built around you |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Mengapa Kad Kredit Dipasarkan Begitu Meluas dan Mudah Didapati?
Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama. Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans & syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka. Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.
Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit
Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?
Bagi Jumlah hutang kad kredit RM 20,000 pula, ia akan selesai sepenuhnya selepas lebih 109 pembayaran atau 9.1 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 8,341.
Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : -
Tetapi, jika anda sentiasa membayar 5% dari had kredit anda, (contoh : Had Kredit RM 10,000 dan anda membayar RM 500 setiap bulan, tanpa mengguna kad kredit itu semula), hutang kad kredit anda akan selesai dalam masa 2 tahun sahaja. Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda? Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% - 21% setahun ke atas anda. Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian. 1 – Pengurusan Risiko Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda. 2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit? Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-
Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit! Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!
Pengurusan Hutang Kad Kredit (Debt Management) Untuk menyelesaikan hutang kad kredit, anda boleh memilih antara 3 cara di bawah :- 1 – Melalui pembiayaan-semula pinjaman rumah anda Jika nilai pasaran rumah anda sudah naik (biasanya selepas 2-3 tahun rumah siap sepenuhnya), anda mempunyai pilihan untuk menyusun-semula pinjaman rumah anda melalui proses pembiayaan-semula pinjaman (re-financing). Bukan sahaja anda boleh mengambil kesempatan ke atas pakej pinjaman yang menawarkan pakej pinjaman tanpa yuran guaman dan kadar faedah terendah sekarang, malahan duit lebihan yang didapati dari pembiayaan-semula rumah anda boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang kad kredit tersebut. Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akan meringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusan dengan 1 bank secara online/internet. Kadar faedah baru yang dikenakan juga lebih rendah iaitu 6.25% setahun berbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbanding dulu. Di sinilah penjimatan dari segi pembayaran faedah dapat dinikmati. Bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi pula, mereka akan mendapati komitmen bulanan mereka kini berkurangan kerana hutang kad kredit tadi sudah diletakkan bersama hutang pinjaman rumah yang mempunyai kadar faedah lebih rendah. Cara ini memang berguna kepada mereka yang mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit) supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan dalam membuat pembayaran pinjaman di masa akan datang. Walaubagaimana pun, anda dinasihatkan untuk tidak membiayai-semula pinjaman rumah anda begitu sahaja, tanpa membuat perancangan kewangan yang sempurna. Ini kerana, walaupun anda memilih pinjaman rumah baru yang mempunyai kadar faedah lebih rendah, tempoh pinjaman rumah itu biasanya sangat lama dan ini akan menyebabkan anda menanggung jumlah faedah yang besar dalam jangka masa panjang jika anda tidak membuat pembayaran lebih. Dengan bantuan Perancang Kewangan kami, anda boleh menyusun-semula pinjaman rumah anda bersama hutang-hutang kad kredit lain ke dalam pakej pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda supaya anda dapat menyelesai semua hutang pinjaman rumah dan kad-kad kredit anda dengan lebih cepat serta mengawal dan mengurus kewangan anda dengan lebih sistematik lagi. Untuk maklumat lanjut berkenaan khidmat perancangan pinjaman rumah di atas, sila klik kepada >>Loan Planning<< 2 – Melalui ansuran bulanan jika baki aliran tunai positif (surplus) Jika anda tidak memiliki rumah yang sudah naik nilai pasarannya, tetapi mempunyai baki aliran tunai positif (ada lebihan wang yang tidak dibelanjakan setiap bulan), perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan Tabung Kecemasan antara RM 500 - RM 1,000 atau 1-2 bulan gaji, bergantung kepada keadaan kewangan dan keperluan anda. Ini untuk mengelakkan anda dari terlalu kerap membuat pengeluaran tunai dari kad kredit anda bagi menampung keperluan kecemasan dalam jumlah kecil seperti balik kampung, kereta rosak, demam biasa dan sebagainya. Tabung kecemasan ini boleh anda simpan di dalam ASB atau Tabung Haji, berbanding akaun simpanan bank yang biasanya hanya memberi pulangan 1% – 2% setahun sahaja. Untuk risiko kehidupan yang lebih besar, anda dinasihatkan supaya memiliki insurans hayat atau insurans kad perubatan. Gunakan lebihan wang yang anda tidak belanjakan itu, untuk membayar lebih kepada kad kredit yang mempunyai caj faedah yang lebih tinggi dari kad kredit lain. Contohnya, kad kredit konvensional mengenakan caj bulanan 1.5% berbanding kad kredit islamik 1.25% sebulan. Jika kad kredit anda mempunyai promosi caj faedah rendah untuk tempoh tertentu bagi pindahan baki dari kad kredit lain, gunakan ia untuk mengurangkan caj faedah yang anda perlu tanggung. Promosi sebegini biasanya terdapat di kalangan bank-bank luar seperti Citibank & Standard Chartered yang menggalakkan anda memindah baki kad kredit anda ke dalam kad mereka. Jika semua kad kredit anda mengenakan caj faedah yang lebih kurang sama, maka gunakan lebihan wang tadi untuk membayar kad kredit yang mempunyai baki yang terendah dulu. Lebih banyak baki kad kredit yang anda kurangkan, lebih cepat ia akan selesai. Anda sendiri akan merasa lebih seronok apabila melihat satu persatu kad kredit anda dapat diselesaikan (moral boost). Dengan cara begini, ia akan mengurangkan jumlah kad kredit di dalam pegangan anda kerana setiap kad kredit yang anda pegang, mempunyai yuran tahunan yang perlu dibayar. Sesetengah orang gemar membuat potongan simpanan (forced saving) ke dalam akaun ASB atau Tabung Haji. Jika anda membuat potongan gaji bulanan ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan sekadar 7% - 9% setahun, adalah lebih sesuai jika anda tangguhkan dulu simpanan bulanan tersebut dan tumpukan lebihan wang anda untuk membayar sebanyak mungkin ke atas baki hutang kad kredit anda.
Bagi menunjuk illustrasi sejauh mana keberkesanan pembayaran lebih ke atas kad kredit anda ini, saya gunakan contoh jumlah hutang kad kredit RM 10,000 tadi. Pembayaran minima setiap bulan hanya akan menyelesaikan baki hutang kad kredit anda selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055. Tetapi, hanya dengan menambah RM 100 sebagai bayaran lebih ke atas baki kad kredit anda, kini ia akan selesai selepas 41 pembayaran atau 3.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 2,470 sahaja.
3 – Melalui ansuran bulanan tetapi mempunyai baki aliran tunai negatif (defisit) Jika anda tidak mempunyai rumah yang sudah naik nilai pasarannya dan mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit), perkara penting yang anda mesti buat adalah cuba ubah-suai semua perbelanjaan bulanan anda dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting semaksima yang boleh seperti rokok, suratkhabar/majalah, kosmetik dan sebagainya. Jika baki aliran tunai masih lagi negative selepas pengubah-suaian perbelanjaan bulanan, besar kemungkinan ia disebabkan komitmen bulanan yang tinggi ke atas bayaran pinjaman-pinjaman anda (terutamanya dari hutang kad kredit). Samada anda sedar atau tidak, anda sebenarnya di dalam keadaan bahaya kerana setiap bulan anda berbelanja lebih dari kemampuan anda. Dalam erti kata lain, setiap bulan hutang anda semakin bertambah. Sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk seperti gagal membuat pembayaran ke atas pinjaman-pinjaman anda dan diseret ke mahkamah, anda perlu menyusun-semula baki hutang kad kredit anda itu dengan memindahkan ia ke dalam pakej pinjaman yang mempunyai caj faedah lebih rendah seperti pakej pinjaman peribadi di Bank Rakyat. Cara sebegini juga dipanggil ‘Debt Consolidation’ dan hanya perlu digunakan apabila anda sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangkan komitmen bulanan anda agar tidak menghadapi masalah kewangan yang lebih besar kelak. Contoh : Baki kad kredit RM 15,000 untuk 3 kad kredit dari pelbagai bank. Bayaran bulanan minima 5% tentunya RM 750. Jika jumlah hutang kad kredit RM 15,000 itu dikumpulkan dan diletakkan ke dalam satu akaun pinjaman peribadi dengan kadar faedah 7.55% setahun untuk tempoh 7 tahun, komitmen bayaran bulanan akan berkurangan menjadi RM 273 sebulan. Dalam erti kata lain, dengan pengurangan komitmen bayaran bulanan, anda sudah boleh menarik nafas lega. Cuma dari segi penjimatan faedah, ia sebenarnya tidak menguntungkan anda kerana kadar faedah sebenar bagi pinjaman peribadi 7.55% setahun itu adalah 13% setahun (mengikut kadar APR) dan tempoh pinjaman anda juga telah dipanjangkan kepada 7 tahun i.e. 84 bulan. Memang dari segi komitmen bulanan, anda untung kerana komitmen bulanan berkurangan, tetapi jumlah faedah yang anda perlu bayar sekarang sudah bertambah atas sebab-sebab di atas. Oleh itu, apabila kewangan anda sudah bertambah kukuh, cuba bayar lebih kepada pinjaman peribadi anda pula supaya ia cepat selesai dan jumlah faedah berbayar dikurangkan. Tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mengawal perbelanjaan anda melalui belanjawan bulanan atau membuat penyata aliran tunai bulanan. Penyata aliran tunai ini akan mengingatkan anda – apa yang perlu dibelanjakan setiap bulan supaya anda tidak berbelanja lebih dari kemampuan anda lagi dan ditimpa masalah hutang yang sama seperti dulu. Diharap tips kewangan yang saya beri ini dapat membantu anda. Terima kasih. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| Menu Utama |