SimpanDuit.com

Smart Planning Built Around You
 

Mahukah Anda Mengalami Nasib Yang Serupa?

Bagaimana Seorang Isteri Boleh Menjamin
Nafkah Hidup Yang Berterusan Dari Suaminya?

 

Kebiasaannya, suami Puan merupakan sumber rezeki kepada keluarga. Namun tidak ramai wanita yang menyedari, apabila suaminya meninggal dunia, sumber rezeki suami pun turut mati. Malahan keadaan menjadi lebih teruk lagi jika suami tidak mati tetapi hilang upaya keseluruhan atau lumpuh. Sekarang ini, seseorang itu boleh jadi lumpuh tidak kira samada kerana penyakit atau kemalangan.
 
Menjadi lumpuh bukan sahaja menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan akan menjadi lebih perit lagi untuk Puan tanggung. Lebih-lebih lagi dengan kos perubatan suami yang berterusan dan belanja sara hidup yang semakin mahal, saya pasti Puan akan menjadi lebih tertekan lagi.
 
Scenario 1 - Suami Isteri Berharta
 
Suami Puan mungkin mempunyai hartanah seperti rumah dan simpanan/pelaburan.  sebagai contoh:
Sepasang suami isteri yang memiliki rumah RM 200,000 dan simpanan ASB RM 50,000.
 
Apabila suaminya ditimpa penyakit kritikal dan memerlukan RM 250,000 untuk perbelanjaan kos perubatannya, TANPA JAMINAN INSURANS yang mencukupi, si isteri mungkin terpaksa menjual rumah tersebut dan menebus pelaburan ASB-nya untuk menampung kos tersebut. Dan apabila suaminya meninggal dunia selepas itu, si isteri tinggal sehelai sepinggang, kehilangan suami tersayang tanpa ada apa jua harta pusaka untuk dia menanggung kehidupan dirinya dan anak anak. Rumah tergadai, satu sen pun tiada!
 
 
Scenario 2 - Suami Memiliki Jaminan Insuransnya Sendiri
 
Apa yang ramai wanita tidak tahu, walaupun suami Puan menamakan Puan sebagai penama Insuransnya, Puan bukanlah penerima 100% pampasan tersebut. Sebaliknya, mengikut hukum Faraid, Puan perlu membahagi-bahagikan pampasan tersebut kepada pewaris-pewaris sah seperti ibubapanya dan anak-anak. Dan bahagian isteri dalam hukum Faraid (pembahagian pusaka Islam) ini hanyalah 1/8 dari harta pusaka tersebut.
 
 
 
Oleh kerana bahagian Puan cuma 1/8 sahaja, pastikan jumlah insurans suami puan tinggi. Ye lah, kalau ikut logiknya, pampasan cuma RM 20,000, hak pusaka Puan cuma RM 2,500 sahaja. Puan nak hidup macam mana dengan pusaka cuma RM 2,500 sahaja? Cuba Puan bayangkan? Tidakkah hidup Puan akan sengsara?
 
Kalau pampasan insurans suami baru RM 100,000, hak pusaka Puan cuma baru RM 12,500 sahaja. Saya rasa tak sampai setahun pun duit tersebut sudah habis dibelanja oleh puan untuk sara hidup. Ini pun belum termasuk hutang hutang yang dimiliki oleh suami yang perlu diselesaikan seperti pinjaman kereta, hutang kad kredit, pinjaman peribadi, hutang orang, hutang Courts Mammoth, hutang koperasi dan segala macam hutang lagi. Saya rasa, silap gaya, Puan yang kena tanggung hutang tu semua bila suami Puan langsung tidak buat apa apa persediaan.
 
Jadi, sekarang Puan perlu tanya diri Puan sendiri, samada berbaloi-kah insurans yang suami ambil itu dengan pengorbanan dan kesetiaan yang telah Puan curahkan kepadanya? Berbaloikah kalau Pampasan RM 100,000, Puan cuma dapat RM 12,500 sahaja sebagai hak Puan?
 
Bagaimana agaknya Puan boleh melindungi kebajikan diri Puan dan anak-anak dengan memaksimakan harta pusaka suami puan pada kos pengurusan yang sangat murah tanpa perlu membuat wasiat atau melantik trustee yang kos beratus ringgit?
 

SIAPA YANG PATUT MERANCANG?

  • Isteri yang bergantung kepada sumber pendapatan dari suami, walaupun sedikit (termasuk nafkah sendiri dan anak-anak)
  • Isteri yang bersuamikan orang yang mempunyai risiko kehidupan tinggi, samada dari segi pekerjaan atau tabiat hidup (seperti selalu stress, merokok, gemar memandu dengan laju, menunggang/membonceng motosikal atau hidup sosial)
  • Isteri yang bersuamikan orang yang mempunyai pelbagai jenis hutang pinjaman
  • Isteri yang bermadu kerana hak pusakanya menjadi lebih kecil apabila suami beristeri lebih dari 1
  • Isteri yang sedar kewangan keluarganya hanya cukup-cukup makan walaupun suami mempunyai pendapatan tetap
  • Isteri yang bersuamikan orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti peniaga atau ahli perniagaan korporat
  • Isteri yang mahu melindungi kepentingan dan kebajikannya dari suami yang tidak pernah kisah untuk mengambil insurans
 

INGINKAN JALAN PENYELESAIAN?

Jangan biarkan masa depan Puan dan anak-anak tidak menentu seperti sekarang.

Saya boleh membantu Puan mewujudkan "emergency fund" untuk membantu Puan meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun di saat suami Puan meninggal dunia, menjadi lumpuh keseluruhan atau ditimpa penyakit kritikal, di mana Puan akan menerima harta pusaka darinya 100% tanpa perlu membahagi-bahagikan se-sen pun kepada pewaris lain. Tidak perlu membuat hibah atau melantik trustee yang kosnya beratus ringgit

 
 
Untuk mereka yang benar-benar berminat, sila buat appointment dengan
meng-email maklumat berikut kepada saya di info@simpanduit.com
atau hubungi saya di 012-2011-555.
 
  1. Umur Pemohon mengikut tarikh lahir terakhir (Age at last birthday)
  2. Umur Pasangan mengikut tarikh lahir terakhir (Age at last birthday)
  3. Pekerjaan pemohon dan pasangan
  4. Pasangan anda merokok atau tidak?
  5. Jumlah Pampasan Asas yang ingin dimohon (untuk perlindungan kematian dan cacat keseluruhan)?
     
  6. Adakah mahu tambah faedah lain seperti penyakit kritikal, kemalangan, perlindungan pembayar dan sebagainya? Jika ia, nyatakan jumlahnya bagi jenis perlindungan yang anda ingin tambah (dalam RM)

 

PEMBERITAHUAN PENTING
Mulai 1 Jun 2004, nasihat perancangan yang dinyatakan di atas hanya akan diberi secara
PERCUMA kepada pelanggan-pelanggan yang ingin berurusan dengan kami sahaja.
 
 
Hakcipta Terpelihara © 2004 - Mana-mana bahagian di dalam laman web ini tidak boleh dihasilkan semula, dicetak atau disimpan dalam sistem simpanan kekal atau dipinda dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, samada dengan cara elektronik, sawatan, salinan foto, rakaman dan sebagainya, tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari Tekad Smart Planning Sdn. Bhd.

| Menu Utama |

1