SimpanDuit.com

Smart Planning Built Around You
 

INSURANS PENUNGGANG MOTOSIKAL

 

 

 

 

Tahukah anda? - Penunggang motosikal adalah merupakan golongan pengguna jalan raya terbesar di Malaysia. Mereka juga merupakan golongan yang paling terdedah serta mempunyai risiko penglibatan yang tinggi dalam kemalangan jalan raya, iaitu, 17 kali lebih tinggi berbanding dengan pengguna-pengguna lain. 2/3 kemalangan di antara motosikal dan kenderaan lain, bukan berpunca dari kesalahan penunggang motosikal.

Dalam tahun 1990, sebanyak 87,999 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 4,048 kematian dan 8,779 cedera parah telah dilaporkan bagi semua kategori pengguna jalan raya. Secara purata, bagi tahun 1990 tersebut, seramai 11 orang telah terkorban sehari dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pada tahun 1996, jumlah kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 189,109 mengakibatkan seramai 6,304 kematian dan 14,218 cedera parah. Sebanyak kira-kira 33% dari kemalangan tersebut dan 60% kematian akibat kemalangan adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Perangkaan ini amat menggerun dan membimbangkan kerana dalam tempoh yang singkat sahaja, iaitu 6 tahun, perangkaan kematian sehari telah meningkat kepada purata 17 orang. Kami berasa terharu apabila dimaklumkan bahawa sebahagian besar golongan yang terkorban ini berumur di antara 16 hingga 25 tahun yang merupakan sebahagian daripada tenaga produktif negara. Keadaan ini amat merugikan kerana setiap hari negara kehilangan 17 orang rakyat yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga serta pembangunan negara. Bukan sahaja keluarga boleh kehilangan punca pendapatan, mereka ini tentu dapat memberikan tenaga usaha untuk kemakmuran negara dan mungkin merupakan golongan pemimpin pada masa akan datang.

 PECAHAN KECEDERAAN PENGGUNA

Jan 2000 - Ogos 2000

Jan. 1999 - Ogos 1999

Jan. 1998 - Ogos 1998

 Motosikal - Mati

2069

1979

2082

 Motosikal - Parah

3743

3935

5005

 Motosikal - Ringan

14770

15689

16817

Statistik terbaru menunjukkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal tidak pernah berkurangan! Perkembangan yang negatif ini amat membimbangkan dan tidak harus dibiarkan. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada orang ramai - Lindungi diri anda dengan pakej insurans khas ini, demi kebajikan keluarga tersayang. Bukan sahaja, keluarga anda dapat menerima pampasan khairat kematian jika berlaku kematian, anda juga dapat menuntut pelbagai faedah perubatan dan elaun tambahan untuk pelbagai jenis kemalangan, tidak kira di jalan raya, penerbangan awam, rumah, pejabat atau di mana jua anda berada.
 

FAEDAH-FAEDAH PLAN PA100

PA100 adalah satu pelan kemalangan diri yang bukan hanya melindungi kemalangan diri, malahan ia melindungi lebih dari itu. Antara faedah-faedah yang anda boleh dapat ialah :-

Faedah Khairat Kematian (sebarang punca)               - RM 10,000

Faedah Tambahan :
Faedah Kematian Kemalangan                                       - RM 50,000
Faedah Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan         - RM 50,000
Pembiayaan Perubatan akibat kemalangan                 - RM   4,000
Pampasan Mingguan (max 104 minggu)                      - RM      100
Patah Tulang / Melecur                                                     - RM  8,000
Faedah Pakar Perubatan                                                  - RM      100
Elaun Hospital Harian (max 180 hari)                           - RM        30
Yuran Ambulan                                                                   - RM     200  untuk setiap kemalangan  
 
Perlindungan Tambahan Meliputi : -
ü      Aktiviti bermotor (Motorcycling)
ü      Hilang / Disappearance
ü      Semua sukan amatur (kecuali seni mempertahan diri dan tinju)
ü      Sukan air termasuk perahu layar dan luncur air (yachting and water skiing)
ü      Scuba diving (sehingga kedalaman 50 meter)
ü      Memburu
ü      Memanjat gunung (Mountain climbing)
ü      Bermain polo
ü      Terjun Bungee (Bungee jumping)
ü      Bencana Alam Semulajadi (Natural Disaster including La Nina, El Nino, flood & earthquake
ü      Gigitan serangga, patukan ular atau gigitan haiwan
ü      Demonstrasi, Tunjuk Perasaan atau Rusuhan
ü      Pembunuhan atau Diserang (Tanpa provokasi)
ü      Lemas
ü      Sesak nafas akibat terhidu asap atau gas beracun
ü      Keracunan makanan dan minuman
 
Nota:
Lampiran ini bukan satu kontrak insurans. Untuk syarat-syarat terperinci, sila rujuk polisi sebenar.
SEMUA FAEDAH-FAEDAH INI DENGAN PREMIUM SEMURAH *RM 206 SETAHUN!
* Premium adalah untuk kelas 1 & 2 sahaja. Premium kelas 3 (pekerjaan berisiko tinggi) adalah RM 283 setahun
* Tidak perlu simpan bulanan!
 
Untuk mereka yang benar-benar berminat, sila buat appointment dengan
meng-email kepada info@simpanduit.com
atau hubungi 012-2011-555.
PEMBERITAHUAN PENTING
Mulai 1 Jun 2004, nasihat perancangan yang dinyatakan di atas hanya akan diberi secara
PERCUMA kepada pelanggan-pelanggan yang ingin berurusan dengan kami sahaja.
 
 
Hakcipta Terpelihara © 2004 - Mana-mana bahagian di dalam laman web ini tidak boleh dihasilkan semula, dicetak atau disimpan dalam sistem simpanan kekal atau dipinda dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, samada dengan cara elektronik, sawatan, salinan foto, rakaman dan sebagainya, tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari Tekad Smart Planning Sdn. Bhd.

| Menu Utama |

1