SimpanDuit.com
Smart planning built around you
  Berapa Jumlah Perlindungan Yang Anda Perlukan?
 

Membuat keputusan untuk memulakan simpanan insurans memang agak mudah, tetapi untuk menentukan jumlah perlindungan insurans mungkin memerlukan panduan dan perancangan yang teliti.

Bagi kebanyakan orang, tujuan membuat simpanan insurans adalah untuk memastikan pewaris-pewaris seperti anak & isteri dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas kematiannya. Sudah menjadi lumrah hidup, kematian pasangan akan menyebabkan perbelanjaan sara hidup keluarga jatuh sehingga 30%. Biasanya anda disarankan untuk memilih jumlah perlindungan insurans yang dapat melindungi 5-10 tahun pendapatan tahunan.

Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai keadaan dan keperluan yang berbeza-beza. Jadi, adalah lebih baik jika anda mengambil cara yang lebih praktikal dengan memberi penekanan kepada tanggungan dan perbelanjaan yang perlu dibayar selepas kematian anda. Antara aspek-aspek tanggungan yang mungkin perlu dipertimbangkan ialah seperti di bawah.
(Ini hanyalah contoh senarai sahaja. Anda perlu mengkaji life-style dan keperluan anda sendiri) 

  • Membayar pinjaman rumah  
  • Membayar pinjaman-pinjaman lain seperti kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi
  • Jumlah Pendapatan yang diperlukan keluarga
  • Tabung kecemasan
  • Kos Pendidikan IPT untuk anak-anak
  • Kos melibatkan harta pusaka seperti yuran guaman & yuran Pentadbir Pusaka.
  • Kemungkinan adanya cukai ke atas harta peninggalan

Dengan berpandukan perbelanjaan di atas, Analisis Keperluan Insurans kami boleh membantu anda menentukan Jumlah Perlindungan Insurans yang anda perlukan. Anda juga perlu memastikan anda mampu untuk membayar premium insurans untuk jumlah perlindungan tersebut.

Aspek lain yang perlu anda fikirkan adalah faktor inflasi. RM100,000 sekarang akan mempunyai nilai yang lebih rendah pada 10 tahun akan datang. Jadi, anda mungkin mahu meninggikan lagi jumlah perlindungan insurans anda untuk mengambil kira faktor inflasi.

Satu cara alternatif yang mungkin boleh anda praktikkan adalah dengan mengira keperluan insurans anda tanpa mengambil kira faktor inflasi. Kemudian review jumlah keperluan insurans anda dari masa ke semasa, seperti setiap 3 atau 5 tahun. Cara ini boleh anda praktikkan dengan syarat anda sentiasa ingat untuk review polisi insurans anda dari masa ke semasa. Jika anda terlupa, jumlah perlindungan insurans anda mungkin tidak akan mencukupi untuk menampung keperluan hidup pewaris. Anda juga mungkin perlu membayar premium insurans pada kadar berlainan dari masa ke semasa.

 

ANALISIS KEPERLUAN INSURANS HAYAT

 
 
 
Isi maklumat di dalam kotak yang disediakan tanpa menggunakan comma " , "

PERHATIAN : Calculator ini hanyalah satu panduan ringkas sahaja. Setiap orang mempunyai situasi dan keperluan hidup yang berbeza dan pengiraan yang dibuat ini hanya meliputi perkara-perkara asas sahaja. Kami menasihatkan anda supaya mendapatkan khidmat Penasihat Insurans kami sebelum menentukan jumlah perlindungan insurans yang anda perlukan.

 1: Pendapatan dan Harta Anda:
Jumlah Gaji Tahunan Kasar anda? (termasuk elaun dan bonus) RM
Berapa lamakah pasangan anda memerlukan gaji anda untuk menyara hidupnya?
Pendapatan Tahunan dari pelaburan semasa? (sewa, saham, dividen dan sebagainya) RM
Nilai Harta yang boleh ditunaikan dalam masa 3 bulan RM
Jumlah perlindungan insurans sedia-ada RM

 2: Tanggungan Pinjaman dan Perbelanjaan Anda:

Jumlah pinjaman rumah yang tidak dilindungi MRTA RM
Jumlah pinjaman lain (Kad Kredit, Pinjaman Kereta, Pinjaman Peribadi dan sebagainya) RM
Perbelanjaan Kematian (Pengkebumian, Perubatan, Tabung Kecemasan, Zakat dll) RM


 3: Tanggungan Sara Hidup Anak dan Perbelanjaan Pendidikan IPT:

Anak

Kos Bulanan Untuk Menyara Anak Tempoh Anak Perlu Ditanggung (dalam tahun) Kos Pendidikan IPT Anak
1 RM RM
2 RM RM
3 RM RM
4 RM RM
5 RM RM
 
Anggaran Jumlah Perlindungan Insurans Hayat Yang Diperlukan : RM 
 

Remember, the results the Calculator provides should only be used as a guide, not as a recommendation. There may be other factors  affecting your final decision that you'll need to consider when ultimately deciding how much insurance is appropriate.

            | Menu Utama |