|
SimpanDuit.com Smart planning built around you |
|
|
Merancang Tabung Pendidikan Untuk Anak |
|
|
|
|
|
Cuba anda renung wajah anak anda dan fikirkan - Masa Depan yang bagaimana ingin anda sediakan untuknya? Mengapa Merancang Tabung Pendidikan Penting? Pendidikan yang sempurna merupakan hadiah paling murni yang seorang ibu atau bapa boleh berikan kepada anak-anaknya. Bukan sahaja ia akan membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan serta masa depan yang cerah, pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh meningkat kebijaksanaan dan membuka minda anak anda kepada pelbagai idea baru. Tetapi tahukah anda - pada hari ini, hanya *3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPT Awam? Bagaimana dengan nasib baki 97% pelajar tersebut? Melanjutkan pelajaran ke luar negeri atau di IPT Swasta boleh dijadikan jalan alternatif, tetapi tahukah anda, kos pengajian di IPT Swasta atau di Luar Negara amat tinggi? Setiap tahun, ramai pelajar yang menangis kerana hasrat dan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di institusi pilihan mereka tidak kesampaian. Bukan itu saja. Ramai ibu bapa lain pula terpaksa meminjam dari pelbagai institusi kewangan yang mengenakan faedah tinggi. Dan yang paling teruk sekali, terdapat sebilangan pelajar IPT yang melacurkan diri mereka, semata-mata untuk mendapatkan wang ringgit bagi menampung kos kehidupan mereka di kampus. Inikah masa depan yang anda inginkan untuk anak-anak anda? Mengapa ini berlaku? Jawapannya amat mudah - mereka tidak bersedia dari awal untuk menyediakan tabung pendidikan anak mereka! Tahukah anda bahawa Kos Pendidikan IPS Swasta yang berjumlah RM 68,520 hari ini, akan menjadi RM ^165,133 pada 18 tahun akan datang? Di sinilah yang ramai orang tidak sedar, betapa pentingnya untuk memulakan simpanan pendidikan anak-anak dari sekarang!
|
|
|
|
|
|
Tentukan jenis pendidikan yang ingin anda sediakan untuk anak anda, samada di IPT Awam, Swasta, Program berkembar mahupun ke Luar Negara. Langkah 2
Langkah 3 Setelah mengetahui
jumlah yang perlu anda simpan, anda boleh mempertimbangkan pelbagai
pakej pelaburan
Untuk menyediakan Tabung Pendidikan yang lengkap, anda boleh menyimpan sebahagian duit anda di dalam Insurans Pendidikan dan melabur sebahagian lagi di dalam Pelaburan Saham Amanah / Unit Trust. Dengan ini, bukan sahaja simpanan anda dapat melindungi kebajikan dan masa depan anak anda dan memberi pelepasan cukai pendapatan, malahan risiko pelaburan dapat dipelbagai dengan dana pelaburan yang lebih produktif. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Risalah ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan, sila rujuk dokumen polisi. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di 012-2011-555 atau info@simpanduit.com |
|
| Menu Utama |