Saya ingin berkongsi pendapat berkenaan ASB &
Unit Trust kerana ramai orang tertanya-tanya kpd saya, mana satu
yang lebih menguntungkan. Untung atau tidak, saya tidak dapat
memberi jawapan sebenar kerana untung atau rugi dalam pelaburan,
semuanya akan bergantung kepada prestasi sebenar dana pelaburan
tersebut.
Tidak ada satu dana pelaburan yang boleh menjamin keuntungan,
walaupun kadangkala kita mungkin di-approached oleh ejen unit trust
tertentu yang menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi dari yang
lain. Seseorang itu boleh mempamerkan past performance & past awards
atau Investment Projection 20% setahun sekalipun, namun pada
hakikatnya, tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang dibuat
di dalam unit trust akan mendatangkan keuntungan kepada pelanggannya.
Ini kerana dana yang declare dividen tinggi sekarang, tidak
semestinya akan declare dividen tinggi selama-lamanya dan begitu
juga dana yang declare dividen rendah, tidak semestinya rendah
selama-lamanya. Sebab itulah, apabila anda melabur dalam unit trust,
ada tercatat pada prospektusnya - "Past Performance does not reflect
its Future Performance".
Secara amnya, ramai orang melabur tanpa memahami dana pelaburan
yang mereka labur. Mereka tidak faham nature of their
investment. Sebagai contoh, antara ASB & Unit Trust - bagaimana ia
beroperasi?
Kedua-dua dana ini melibatkan risiko pelaburan, kerana sudah menjadi
hukum alam, jika anda mahukan pulangan lebih, maka perlulah ambil
risiko pelaburan lebih juga.
Cara ASB beroperasi adalah mudah. Anda masuk RM 1 pada hari ini,
nilainya tetap RM 1 pada esok hari. ASB adalah pelaburan yang harga
unit sahamnya tidak berubah-ubah. Pulangan dividen diberi dalam
bentuk peratusan % dan kadangkala ditambah dengan bonus unit.
Dalam ASB, risiko pelaburan tetap ada, cuma ianya kurang kerana ASB
adalah satu-satunya dana pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh, sebelum ini ASB boleh declare dividen 10% setahun
tetapi sejak 2-3 tahun lepas, kadar dividen mereka menurun kepada
7%. Ini menunjukkan risiko pelaburan tetap ada.
Bagaimana pula dengan unit trust? Ramai orang melabur dalam unit
trust tanpa memahami dana yang dipilihnya dan cara unit trust
berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang bila sebut
pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".
Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis
dana yang mempunyai profail risiko yang berbeza-beza. Unit trust
biasanya terdiri dari dana yang aggresif (sebahagian besar dana
dilabur dalam pasaran ekuiti/shares), dana seimbang (sebahagian
dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) dan dana yang
konservatif (sebahagian besar dana dilabur ke pasaran bon dan
pelaburan berisiko rendah). Tidak kira dana konvensional mahupun
Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.
Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut
profail risiko yang bersesuaian dengan dirinya. Anda perlu sedar,
setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza terhadap risiko
pelaburan yang sanggup dia hadapi.
Jika anda seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan
hanya ingin melabur duit anda untuk sementara walaupun pada kada
pulangan yang rendah, maka pilihlah dana yang konservatif.
Dan sebaliknya, jika anda sanggup menerima risiko kerugian (kehilangan
sebahagian modal pelaburan) untuk mendapatkan pulangan tinggi dan
mahu melabur dalam jangka panjang, maka pilihlah dana aggresif atau
dana seimbang.
Dan jika anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh
meletakkan sebahagian di dalam dana konservatif dan sebahagian lagi
di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30% dalam dana konservatif,
40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.
Cara unit trust beroperasi juga berlainan dari ASB. Anda labur RM 1
hari ini, esok nilainya boleh menjadi 90 sen atau RM 1.10. Nilai
seunitnya akan berubah ubah mengikut prestasi semasa dana.
Unit trust juga biasanya mempunyai 2 harga: buying and selling untuk
cover initial service charge syarikat mutual tersebut.
Contoh: Seling price 55.4 sen dan buying price 52.4 sen seunit.
Perbezaannya adalah service caj syarikat tersebut.
Rujuk selling price untuk harga saham yg anda beli dan rujuk buying
price untuk harga saham yg anda jual semula kpd syarikat mutual.
Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara
sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings).
Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang
dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko
pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur
(dollar-cost averaging theory).
Cuma melabur secara lump-sum, samada secara cash mahupun EPF,
anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli
dan bila nak jual?
Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi
dalam pelaburan anda. In theory, seseorang itu patut beli semasa
saham harga murah dan menjual apabila harga unit sahamnya sudah naik
melebihi modal asal + service chargenya.
Contoh: Beli pada selling price 55.4 sen dan buying price pada masa
itu adalah 52.4 sen. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit
saham mula naik, contoh buying price 59.5 sen, anda boleh jual
semula unit trust anda untuk mendapatkan keuntungan.
Bagaimana pula dengan dividen yang diberi dalam unit trust?
Pulangan biasanya diberi dalam bentuk bonus unit atau cash dividend
atau kedua-duanya sekali. Biasanya agihan bonus unit adalah untuk
dana yang banyak dilaburkan ke dalam ekuiti/shares. Jadi untuk dana
ini, anda perlu kumpul sebanyak mana unit saham pegangan anda. Bagi
dana yang banyak dilaburkan ke dalam bon atau sekuriti hutang, anda
biasanya akan menerima cash dividen (dalam bentuk sen) untuk
pelaburan anda.
Apa terjadi apabila anda menerima dividen berbentuk bonus
unit?
Sebenarnya apabila sesebuah dana unit trust declare dividen
berbentuk bonus unit, harga unit saham tersebut akan turun sedikit
kerana pelarasan dividen tadi. Ini dapat anda lihat dengan jelas di
dalam dana aggresif yang memberi bonus unit, contoh 15 unit tambahan
untuk setiap 100 unit yang anda pegang. Return pelaburan bukannya
15%, sebaliknya bonus tambahan sahaja yang 15% bagi setiap 100 unit
yang dipegang. Harga unit saham akan diselaraskan dengan bonus unit
tambahan ini dan akan menyebabkan harga unit saham jatuh sedikit.
Contoh yang kerap berlaku pada hari ni, seseorang ejen unit trust
mungkin 'meracun minda' anda dengan menyatakan, dana unit trustnya
akan declare dividen 15% tidak lama lagi dan jika anda melabur
sekarang, anda akan menerima dividen 15% itu tanpa perlu melabur
sehingga 1 tahun. Maka anda pun melabur RM 10,000.
Ya, apabila declare bonus unit 15 unit setiap 100 unit pegangan,
memang anda akan terima tambahan 15 unit itu, tetapi nilai pelaburan
anda masih lagi kekal pada nilai RM 10,000 kerana harga unit saham
sudah pun diselaraskan dengan pemberian bonus unit tambahan itu.
Cuma pegangan unit saham anda sahaja bertambah. Nak untung, kena lah
anda tunggu sehingga buying price anda naik.
Sebab itulah pada sesetengah orang, timing untuk dia membeli unit
trust ini apabila dana tersebut sudah declare dividen atau semasa
ekonomi merundum kerana harga unit saham adalah lebih rendah
berbanding biasa.
Tips untuk Membeli Unit Trust? - Untuk
pelaburan secara lump sum sahaja
1 - Pilih timing yang bersesuaian - beli
semasa harga murah dan jual semasa harga mahal
2 - Kenali diri anda dulu - Nak melabur selama berapa tahun?
Short/long term? dan sejauh mana tahap toleransi risiko anda? Sejauh
mana anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan
pulangan tinggi?
3 - Kenali profail dana pelaburan anda samada ia bersesuai dengan
profail risiko anda
4 - Berurusan dengan syarikat yang cekap dan mempunyai rekod
pelaburan yang baik. Contoh, Unit saham syarikat mutual swasta
perform lebih baik dari syarikat saham amanah negeri.
5 - Semak service caj yang dikenakan oleh syarikat mutual tersebut,
samada ianya terlalu tinggi untuk anda. Caj biasanya antara 5%- 7%
bagi dana aggresif/equity-based.
Untuk saya menyatakan yang mana satu lebih untung, ASB atau Unit
Trust, saya tidak boleh menyatakan sedemikian kerana keputusan
sebenar hanya akan diperolehi dari prestasi sebenar dana pelaburan
yang anda pilih. Tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang
untung setiap masa tidak kira betapa manisnya mulut ejen tersebut.
Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya
tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko
pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.
Artikel Berkaitan >>
Adakah Untung Di Dalam Pelaburan Unit Trust? (click sini jika ingin
membacanya)