SimpanDuit.com

Smart planning built around you
 
Cukai Ke Atas Penjualan Rumah atau Hartanah
Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri

 

Asas Percukaian

    Keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang diperolehi dari pelupusan tanah yang terletak dalam Malaysia dan apa-apa kepentingan, opsyen atau lain-lain hak mengenai atau ke atas tanah tersebut atau pelupusan syer dalam 'syarikat harta tanah' adalah tertakluk kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah.

Tanggungjawab Pelupus / Penjual

    Pelupus hendaklah mengemukakan butir-butir berikut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pelupusan aset:

    (i)

Borang CKHT 1 yang telah dilengkapkan;

    (ii)

Salinan surat Perjanjian Jual beli bersetem atau borang 14A bersetem (memorandum pindahmilik) sebagai bukti pemerolehan dan pelupusan aset;

    (iii)

Salinan geran tanah/surat hakmilik (jika ada);

    (iv)

Salinan bil-bil dan resit bayaran untuk perbelanjaan yang dituntut.
(bagi kes selain syarikat atau individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, butir-butir ini tidak diperlukan jika aset dilupuskan dalam tahun keenam atau seterusnya dari tarikh pemerolehan).
 

Contoh Pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah

Langkah 1:
Harga jualan,
- [kos ubahsuai dan yuran guaman]
----------------------------------
Dapat nilai X
----------------------------------
Langkah 2:
Harga belian asal,
+ duti setem & yuran guaman
----------------------------------
Dapat nilai Y
----------------------------------
 
Langkah 3:
X-Y = dapat Nilai Z

Langkah 4:
Nilai Z tolak Pengecualian cukai RM5,000 atau 10% dari nilai Z (yg mana lebih besar)
= dapat Jumlah Keuntungan Boleh Cukai.

Sebagai contoh:

Harga Pelupusan pada 10.01.2000
300,000
Tolak: Belanja ubahsuai/tambahan
20,000

    Yuran guaman

3,000
23,000
277,000
Harga Pemerolehan pada 15.04.1996
200,000
Tambah: Duti setem dibayar
3,000

         Yuran guaman

2,500
5,500
205,500
71,500
Tolak: Pengecualian RM5,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, mana yang lebih besar
7,150
Keuntungan yang boleh dikenakan cukai
64,350

    Cukai ke atas RM64,350 @ 15% = RM9,652.50
    Kadar cukai 15% bagi pelupusan dalam tahun keempat selepas tarikh pemerolehan.

Kadar Cukai Semasa (Cukai Keuntungan Harta Tanah)
KATEGORI PELUPUSAN
SYARIKAT (%)
INDIVIDU & LAIN-LAIN ORANG (%)
Pelupusan dalam tempoh 2 tahun
30
30
Pelupusan dalam tahun ketiga
20
20
Pelupusan dalam tahun keempat
15
15
Pelupusan dalam tahun kelima
5
5
Pelupusan dalam tahun keenam dan tahun selepasnya
5
0
Kadar di atas terpakai kepada pelupusan pada atau selepas 27 Oktober 1995.


Individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap adalah tertakluk kepada kadar berikut:-
KATEGORI PELUPUSAN
KADAR CUKAI (%)
Pelupusan dalam tempoh 5 tahun selepas tarikh pemerolehan
30
Pelupusan dalam tahun keenam dan tahun selepasnya
selepas tarikh pemerolehan
5
Kadar ini terpakai kepada pelupusan pada atau selepas 17 Oktober 1997.

| Menu Utama |