SimpanDuit.com

   Smart planning built around you
 

Business Planning

 
Business-Partnership Planning
Pengurusan risiko dan perancangan insurans untuk Pemilik Perniagaan & Pengarah Syarikat
 
 
Directors Provident Fund (DPF)
Akaun Persaraan untuk Pemilik Perniagaan & Pengarah Syarikat
 
  Corporate Investment
Skim Pelaburan untuk Pemilik Perniagaan& Syarikat Korporat
 
International Investor
Investment from overseas into Malaysia

Business Partnership Planning

Insuran rakan perniagaan (Business Partnership) adalah satu produk insurans yang dicipta khas untuk melindungi orang penting yang menjalankan perniagaan atau penyumbang utama modal dalam sesebuah syarikat. Fungsi utamanya ialah untuk mempastikan  bahawa urusniaga dan operasi syarikat tidak akan terganggu (business continuation). Gangguan terhadap urusniaga dan operasi biasanya disebabkan oleh tuntutan yang dilakukan oleh pihak pewaris atau pembubaran perniagaan oleh mahkamah. Perkara ini boleh terjadi diatas 3 perkara utama dalam kehidupan seharian iaitu:

  • Kematian - akibat sebab-sebab biasa, kemalangan atau sakit

  • Cacat kekal - akibat kemalangan atau sakit

  • Penyakit kritikal

Mengapa Insuran Rakan Perniagaan Diperlukan?

Tiga perkara ini, jika tidak ditangani dengan betul, akan menjejaskan perjalanan perniagaan. Justeru itu, risiko berkenaan perlu diurus secara sistematik supaya sesebuah syarikat itu tidak perlu menanggung apa jua kerugian atau kos tambahan semasa ketiadaan orang penting syarikat. Pengurusan risiko yang sistematik juga akan membantu sesebuah syarikat berhadapan dengan tuntutan keluarga pewaris jika mereka menuntut hak mereka di dalam syarikat berkenaan.

Jika berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menghidapi penyakit kritikal ke atas orang yang penting dalam syarikat atau penyumbang modal, maka anda mungkin akan mengambil salah satu dari langkah – langkah berikut untuk menyelesaikan masalah anda. Antaranya ialah:

1- MENGGUNAKAN SIMPANAN TUNAI SYARIKAT

Syarikat mungkin boleh mengeluarkan simpanan tunai untuk menangani masalah kecemasan yang berlaku seperti di atas. Namun, nilai tunai syarikat akan berkurangan dan perjalanan syarikat boleh terganggu. Ataupun syarikat boleh menghadapi masalah untuk menyediakan wang tunai dan menyebabkan syarikat terpaksa ditutup.

2- MENJUAL ASSET ATAU HARTA BENDA SYARIKAT

Asset yang hendak dijual, mungkin hanya akan dapat dijual pada harga yang murah kerana syarikat menjual dalam keadaan yang terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Penurunan harga asset berkenaan juga boleh disebabkan oleh susut nilai yang berlaku ke atas asset berkenaan. Justeru itu, masalah operasi syarikat pasti akan terjejas.

3- MENJUAL SAHAM / HAK-PEMILIKAN SYARIKAT

Anda mungkin boleh menjual saham atau hak-pemilikan syarikat kepada orang luar. Namun begitu, saham yang dijual dalam keadaan terdesak akan menyebabkan harganya jatuh dan kerugian akan berlaku. Bila hendak menjual saham , persoalannya ialah, “Siapakah yang hendak membeli?, Sesuaikah pemilik saham baru dengan anda?” Persoalan ini akan merumitkan lagi perjalanan perniagaan anda.

4-MEMOHON PINJAMAN BANK

Bukannya mudah untuk mendapatkan kemudahan kredit dari syarikat kewangan, lebih-lebih lagi apabila salah seorang orang penting syarikat sudah tiada dan syarikat dibebani dengan tuntutan keluarga pewaris. Kebiasaannya, kemudahan kredit akan diberhentikan serta-merta dan pelanggan anda akan mula hilang kepercayaan ke atas syarikat anda.

5. PENGGANTIAN OLEH ANGGOTA KELUARGA PEWARIS

Anggota keluarga pewaris mungkin mahu mengambil-alih saham atau hak-pemilikan syarikat jika syarikat tidak dapat memenuhi tuntutannya. Masalah akan timbul, jika anggota keluarga (contoh isteri) tiada pengalaman di dalam perniagaan syarikat atau tidak mahu bekerjasama dengan anda di dalam hal pengurusan syarikat.

6. PENGALIHAN RISIKO

Ia merupakan pilihan yang bijak kerana syarikat mengalihkan risiko berkenaan kepada syarikat yang boleh menanggung risiko. Risiko berkenaan, sama sekali tidak akan ditanggung oleh syarikat anda dan perjalanan perniagaan akan dapat diteruskan seperti sedia-kala. Caranya ialah dengan memindahkan sebahagian kecil wang syarikat kepada akaun pelaburan syarikat di MAA. Ianya bukan sahaja akan melindungi nilai saham semasa orang terpenting, malah ia boleh dijadikan satu asset persaraan jika tiada apa-apa berlaku ke atas diri mereka.

Dengan adanya bantuan kewangan dari akaun pelaburan Syarikat di MAA ini, syarikat anda dapat :-

  • Mengambil-alih saham atau pemilikan keluarga pewaris apabila mereka menuntut hak mereka di dalam syarikat anda

  • Menanggung apa jua kos tambahan yang wujud hasil ketiadaan orang terpenting atau penyumbang modal, tanpa menggunakan wang syarikat.

  • Memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan tanpa halangan atau pembubaran syarikat

Konsep Akaun Business-Partnership

Pindahkan sebahagian kecil wang syarikat untuk satu tempoh tertentu

 

Text Box: Akaun Pelaburan Syarikat

 

 

  Jika berlaku kematian atau                       Jika Pengarah ditimpa penyakit                             Jika tidak berlaku         
  hilang upaya kekal & keseluruhan              kritikal                                                                apa-apa         

Text Box: Tabung Khairat & Duit Pelaburan Tunai

 

 

Text Box: Tabung Kecemasan Penyakit Kritikal

Text Box: Bonus Persaraan

 

 

 

 
                    Tanggung Tuntutan Pewaris                                                             Penambahan Asset
                    & Ambil-Alih Pemilikan Syarikat        Tanggung Kos Kerugian               Syarikat 
                             

Text Box: Syarikat Anda

 

Risalah ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan, sila rujuk dokumen polisi. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Penasihat Professional kami di 012-2011-555 atau email kami di  info@simpanduit.com 

| Menu Utama |